Tuesday, April 14, 2015

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

Tarikh : 14hb April 2015

Fasa 1 :
Zaman Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (iaitu Al-Quran) dan penjelasan oleh baginda saw (iaitu As-Sunnah).
Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri.
Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah

Fasa 2:
Zaman Sahabat

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul atau diragui terus dirujuk kepada para Sahabat.
Hal ini kerana para Sahabat mampu mengistinbatkan hukum terus dari Al-Quran dan As-Sunnah atas sebab-sebab:

1) Penguasaan bahasa Arab yang baik;

2) Mempunyai pengetahuan mengenai Asbab An-Nuzul sesuatu ayat atau Asbab Wurudul Hadith

3) Mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum-hukum.
Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias.

Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib.
Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.

Fasa 3:
Zaman Tabi'in

Pada zaman ini, cara ulama' mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebelum berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu.

Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in seperti Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha'i.

Fasa 4:
Zaman Kemunculan Ilmu Usul al-Fiqh

Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang Arab dan bukan Arab.
Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. 
Hal ini menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana Ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.

Soalan:

S-1: Adakah Usul Fiqh setiap mazhab sama ??
J: Usul Fiqh Jumhur Ulama iaitu Maliki,Syafei dan Hanbali banyak yang sama dan Usul Fiqh Ulama Hanafi berbeza sedikit dalam beberapa keadaan.

S-2 : Mohon ceritakan mengenai Imam Shafie yg menggabungkan dua kaedah/ methodology pengajian ilmu sehingga tertulisnya kitab Al Risalah. saya dengar kuliah tapi tak berapa ingat macamana kisahnya..?
J : Imam Shafei menggunakan kaedah Mutakallimin/Syafi'iyyah yang menggabung-jalinkan apa yang dia belajar dari Imam Malik dari aliran Hadith dan Imam Abu Yusuf (anak murid Imam Abu Hanifah)dari aliran ra'yi di Iraq maka terhasillah Kitab Ar-Risalah dalam Ilmu Usul Fiqh.

S-3 : Boleh kah ustaz tolong terangkan makna istilah-istilah berikut?
a) Istinbat hukum.
b) Asbab wurudul Hadith.
c) Asbab An Nuzul?
d) Berijtihad
e)Perawi hadith.
f) Kaedah Qias.
g) Mujtahid.
h) Ijma'

Jawapan : 

a) Istinbat hukum : Cara untuk mengeluarkan hukum samada haram, harus sunat dan sebagainya.

b) Asbab wurud hadith : Sebab-sebab hadith itu keluar dari mulut baginda Nabi S.A.W

c) Asbab Nuzul : Sebab-sebab turunnya satu-satu ayat Quran.

d) Berijtihad* : Menggunakan pandangan sendiri setelah didapati tidak terdapat dalil daripada Al-Quran/As-Sunnah. Maka mnggunakan Ijtihad.

e)Perawi Hadith : Orang yang meriwayatkan hadith daripada nabi s.a.w

f) Kaedah Qias : Suatu kaedah dengan mengaitkan suatu perkara yang tidak di naskan atas Hukum Syari'e dengan perkara yang telah dinaskan hukumnya kerana berkongsi rasional/sebab pada hukumnya. 
Contohnya : Arak dan Air Tapaian.kedua-duanya berkongsi kesan/sebab iaitu mabuk
Maka hukum kedua-duanya adalah haram mengikut kaedah Qias iaitu  mengaitkan hukum arak yang telah dinaskan dengan air tapaian..

g) Mujtahid : Orang yang cukup syarat untuk berijtihad*

h) Ijma' : Persepakatan antara para Mujtahid di kalangan ummat Nabi Muhammad selepas kewafatan baginda daripada satu zaman ke satu zaman ke atas sesuatu hukum Syari'e

* Akan tetapi hakikatnya terdapat perbezaan antara satu sama lain. Kerana itulah lahirnya kitab-kitab Usul Fiqh yang menerangkan mazhab masing-masing. Hanya Syafei, Hambali dan Maliki saling berkait dimana Imam Malik tok guru kepada Imam Syafei, Imam Syafei tok guru kepada Imam Ahmad.Akan tetapi ke semuanya  tidak berkesempatan bertemu Imam Abu Hanifah

S-4.a): Assalam Ustaz Ahmad bukankah imam Malik berguru dengan Imam Abu Hanifah?Tidakkah mereka pernah berjumpa?
J : Seingat saya, mereka tidak pernah berjumpa. 
Imam abu hanifah lahir 80-150hijrah
Imam Malik lahir pada tahun 93-193 Hijrah
* Imam Malik tidak pernah keluar dari Madinah kecuali ke Mekah.

S-4.b) : Adakah Imam Abu Hanifah pernah bertemu dengan Imam Malik di Madinah atau di Mekah ?.....kerana ramai(ustaz yang menukilkan) dari apa yang saya dengar bahawa Imam Malik berguru dengan Imam Abu Hanifah.
J : Allahu'alam. Saya tidak pasti. Setakat yang saya ketahui kenyataannya tidak sedemikian.

Ulasan : 
Kita telahpun selesai bab ta'rif,sejarah dan sebagainya. InsyaAllah kita akan masuk sedikit demi sedikit mengenai ilmu Usul Fiqh 

No comments:

Post a Comment