Tuesday, April 21, 2015

DALIL-DALIL SYARA'

DALIL

Takrif Dalil dari segi bahasa ialah : Sesuatu yang membimbing dan menunjukkan kepada sesuatu secara pancaindera ataupun secara ma'nawi samada baik atau buruk

Takrif Dalil Mengikut Istilah Ahli Usul: Apa yang membolehkn sampai kpd sesuatu dgn sudut pandang yang tepat yang memerlukan suatu berita.
Seperti :
Baru nya alam dengan mengamati perubahan alam ( Adanya pertukaran , perubahan dan kehancuran)

Jenis dalil:

Dalil terbahagi kpd dua iaitu dalil yg dsepakati ulama dan dalil yg dikhilafi oleh ulama'

Dalil yg dsepakati oleh jumhur ulama ialah:

1)Al-Quran

2)Sunnah

3)Ijma'

4)Qias

Dalil yg tidak dsepakati pula:

1) Istihsan

2) Maslahah Mursalah/istislah

3) Istishab

4) Uruf

5) Mazhab Sahabat

6) Syariat Nabi terdahulu

7) Sad Zarai'

Dalil yg dsepakati wajib diikuti ttpi mesti mengikut kedudukannya iaitu Quran kemudian sunnah kemudian ijma' kemudian qias

Dalil wajib mengikuti kedudukan trsebut adalah:

Daripada Al Quran :

Firman Allah taala:
يأيها الذين آمنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول و اولي اﻷمر منكم فإن تنازعتم في شيء فردوه الى الله والرسول إن كنتم تؤمنون بالله واليوم الآخر ذلك حير وأحسن تاويلا))

Dalil wajib ikut dr hadith pula:

Diriwayatkn oleh baghawi dan ibn abd bar dan selain keduanya ((daripada Muaz bin Jabal: Sesungguhnya Nabi s.a.w ketika mana mengutuskn Muaz ke Yaman berkata: bagaimana kamu putuskan sesuatu perkara jika dbentangkn kpd kamu sesuatu masalah? Muaz berkata: Aku berhukum dgn kitab Allah.. lalu Nabi berkata: jika tidak kamu temui dlm Al Quran?
Muaz berkata : dgn sunnah Nabi 
Nabi bertanya lagi: jika tiada dlm sunnah ku? Muaz menjawab: aku akan berijtihad mngikut pndangan ku dan tidak akan cuai dlm ijtihadku

Lalu Nabi menepuk dada Muaz dan berkata: segala puji bg Allah mereka yg mnepati Rasul dan yg meredhai Rasulullah))

Dalil juga sama ada aqli atau naqli:
Dalil2 Naqli: Al Quran, Sunnah, Ijma', Uruf,Syariat ummat terdahulu,mazhab sahabat
Dalil Aqli:

Qias,Maslahah mursalah, istihsan,istishab,sad zaraei',

Dalil aqli dan naqli saling memerlukan..ijtihad x akan dterima tanpa bersandrkn kpd dalil2 naqli krn akal shj x trmasuk dlm syariat hukum dan pendalilan dgn dalil naqli mmerlukan kpd pmerhatian yg mndalam

klau ada masa kosong..kita akan selusuri secara detail setiap dalil2 yg kita sebut td..

Soalan : Jadi kalau kami guna dalil naqli blh ke kami berijtihad...
Ustaz : Boleh jika msalah trsebut ada dlm dalil naqli tanpa mmerlukan dalil aqli

Soalan :  jd semua org ke blh berijtihad? Kalau ada dalil naqli
Ustaz :  tak boleh..tak semua boleh brijtihad..kena ada autoriti utk brijtihad..

Soalan : bolehkah kita mengikut ijtihad seseorg ulama tp kita tak yakin dengan ijtihadnya.. sekadar mengikut..
Ustaz :ikutlh yg yakin..dgn mengikuti segala dalil yg digunakan..
Soalan : Saya nk tnya, betukah imam syafie menolak kaedah saduz zirai' dlm kaedah penetapan hukum..??
Ustaz yup..stkat sy tahu imam syafei tolak..nnti sy cek blik alsan i.syafei 

Soalan : Saduz zirai tu ape maksudnya
Ustaz : سد الذرائع: satu kaedah pencenggahan drp suatu prkara yg lebih bruk brlaku . 
Cthnya: berchatting dgn prempuan ajnabi tnpa ada alasan syari'e..maka dgn chatting td akab mmbawa kpd lembah zina maka tiap pemula kpd mudharat yg lebih besar x dbenarkn klau pkai kaedah nie 
*Senang crite..kaedah saduz zarai' nie ialah kaedah menutup jln yg m'bawa kpd yg haram..btl kan ustaz..??

Soalan : Ustaz! Boleh kita masukkan amalul ahli Madinah sebagai dalil yang tidak disepakati?
Ustaz : boleh..

Utk hari nie kita akan tgok dalil2 yg dsepakati iaitu Al-Quran,Sunnah,Ijma' dan Qias

1. Al-Quran:
Definisi:

Bahasa: bacaan


Istilah: Ia adalah kalamullah taala yg dturunkan ke atas baginda Nabi s.a.w dlm bahasa arab,sebagai cabaran dgn surah yg paling pendek di dalamnya,tertulid ddlam lembaran-lembaran,dipindahkan secara mutawatir,membacanya dikira ibadah yg dmulai dr surah al-fatihah dan di akhiri dgn surah an-nas

Keistimewaan Al-Quran:

1) ia adalah kalamullah yg mmpunyai susunan trsendiri iaitu dgn bukti2 utk melemahkn musuh dgn ketinggian ilmu bahasanya sehingga kluar dr kemampuan manusia

2)keseluruhan Al-Quran adalah bahasa arab: tidak ada pdnya bahasa ajam(iaitu bhasa bukan arab) maka tafsir quran atau terjemahan Quran tidak dpanggil Quran

3)Al-Quran dpndahkn dr satu generasi ke satu gen secara mutawatir: iaitu dgn perantaraan kumpul org yg hafaz kemudian dkumpulkn kdp Rasulullah dan mutawatir nie jadi suatu ilmu dan qoti'e(putus) dgn sahihnya riwayat

Autoriti Al-Quran:

Al-Quran adlah satu hujjah(dalil) yg wajib semua manusia beramal dgnnya kerana ia adalah firman Allah yg sahih dipindahkn kpd mereka dgn cara qoti'e yg tidak ada syak/ragu pada kesahihannya, tidakada kesamaran pdnya dan bukti yg qoti'e(putus) trsebut sebagai i'jaz(iaitu utk melemahkn musuh2)

إعجاز: Maknanya dnisbahkn kpd melemahkan kpd org lain pd perkara yg dsebut dan bawa mari sama spertinya atau sama dgn yg paling pendek didalmnya..

Tidak akan jadi makna i'jaz mlainkn dgn tiga perkara:

1)cabaran iaitu cabar utk lawan balik

2) mesti ada org yg lawan balik

3) mesti org yg lawan balik itu dpt menafikan prkara-prkara yg menghalan dia drpd membangkang

Posisi I'jaz dlm Al-Quran:

Telah nelemahkn Al-Quran nie dr beberapa segi antaranya:

1) dalamnya ibarat(perumpamaan/prosa kata) dan maknanya yg melingkupi hukum dan tujuannya

2) selaras dgn pembongkaran ilmu-ilmu semasa

3) pemberitahuan ttg perkara ghaib

4) peringkat balaghah(ilmu kiasan) yg tinggi

Soalan : i' jaz dgn mukjizat ..apa beza..?
Ustaz : Beza antara i'jaz dan mu'jizat:

I'jaz adalah cara utk melemahkan musuh dgn apa yg dia bawa/dakwa

Mu'jizat pula suatu perkara yg luar biasa yg dtunjukkan oleh Allah kpd org yg mendakwa kenabian sbg tasdiq(bukti) pd dakwaannya yg di kelilingi dgn cabaran tanpa ada yg membangkang

*(2)keseluruhan Al-Quran adalah bahasa arab: tidak ada pdnya bahasa ajam(iaitu bhasa bukan arab) maka tafsir quran atau terjemahan Quran x dpanggil Quran. )

Soalan : ust, bagaimana dengan nama2 bukan arab seperti ibrahim, israel dan sebagainya?
Ustaz : Soalan @muhammad bin omar ana tawaqquf dulu..

Hukum-hukum yg terkandung dlm Al-Quran:

Al Quran merangkumi tiga kategori urusan yg dbawa oleh agama di dunia dan akhirat :

1) i'tiqad(kepercayaan)

2) akhlaq

3) amali(praktikal----> terbahagi kpd dua iaitu ibadat dan muamalat

Soalan : Slm...ana nk bertnya soaln skit pda ustz...ayt al quran nie sejenis ape...?ade stgh puak kta ayt al quran nie makluk..sekian .terima kasih...
J: ayat al quran kalam Allah. baca dapat pahala. 1 huruf, 10 ganjaran. puak sesat kata al quran makhluk.Alquran itu makhluk..kata muktazillah
-


Thursday, April 16, 2015

KITAB-KITAB RUJUKAN MENGIKUT MAZHAB DAN ALIRAN

A. ALIRAN MUTAKALLIMIN/SYAFEIYAH :

1. Umdah oleh Qadhi Abdul Jabbar Al Mu'tazili

2. Mu'tamad oleh Abi Hasan Al-Basri Al Mu'tazili

3. Al-Burhan oleh Imam Haramain Al Juwaini

4. Mustasfa oleh Imam Al-Ghazali

5. Mahsul oleh Imam Razu

6. Ihkam Fi Usul Ahkam oleh Abi Hasan Al-Amidi

7. Minhaj Wusul oleh Imam baidhowi

8.Nihayah Sul Syarh Minhaj Wusul oleh Jamaluddin Isnawi


B. Aliran Hanafiyyah/Fuqaha' :

1. Usul Jassas oleh Imam Razi

2. Taqwim Adillah Wa Ta'sis Nazor oleh Ad-Dabbusi

3. Tamhid Fusul Fi Usul oleh Imam Sarakhsi

4. Usul oleh Fakrul Islam Bazdawi

5. Al-Manar oleh Hafiz Nasafi

6. Misykat Anwar Syarh Al Manar

7. Hasyiyah Nasamat Ashar oleh Ibn Abidin


C. Aliran Mutaakhirin Dengan Kumpul Antara Dua Aliran(Syafii'yyah dan Hanafiyyah):

1. Badi' Nizom Jami' Baina Kitaabai oleh Bazdawi

2. Al-Ihkam oleh Muzaffaruddin Ahmad Saa'tai Al Hanafi

3. Tanqih Usul dan Syarahnya At-Taudhih oleh Ubaidillah Masu'd Bukhari Al Hanafi

4. Muntaha Sua'l Wal Amal/Mukhtasar Ibn Hajib Al-Maliki

5. Talwih oleh Taftazani

6. Jamu'l Jawami' oleh Imam Subki

SOALAN :

Ustaz dari semalam nak tanya...Aliran Mutakallimin/Syafii'yah tu apa..dan Hanafiyah/Fuqaha' tu pula apa??

J : Aliran Mutakallimin ialah aliran yang diasaskan oleh Imam Syafei yang mana berpegang atas dalil-dalil akal yang kuat atau Mantiq dan tidak ta'sub kepada Mazhab Feqh tertentu                                                          



Tuesday, April 14, 2015

SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU USUL FIQH

Tarikh : 14hb April 2015

Fasa 1 :
Zaman Rasulullah S.A.W.

Pada zaman Rasulullah S.A.W., hukum-hukum diambil dari wahyu (iaitu Al-Quran) dan penjelasan oleh baginda saw (iaitu As-Sunnah).
Segala masalah yang timbul akan dirujuk kepada Rasulullah S.A.W. Baginda akan menjawab secara terus berdasarkan ayat al-Quran yang diturunkan atau penjelasan baginda sendiri.
Namun, terdapat sebahagian Sahabat yang tidak dapat merujuk kepada Nabi lantaran berada di tempat yang jauh daripada baginda, misalnya Muaz bin Jabal yang diutuskan ke Yaman. Baginda membenarkan Muaz berijtihad dalam perkara yang tidak ditemui ketentuan di dalam al-Quran dan as-Sunnah

Fasa 2:
Zaman Sahabat

Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W., sebarang masalah yang timbul atau diragui terus dirujuk kepada para Sahabat.
Hal ini kerana para Sahabat mampu mengistinbatkan hukum terus dari Al-Quran dan As-Sunnah atas sebab-sebab:

1) Penguasaan bahasa Arab yang baik;

2) Mempunyai pengetahuan mengenai Asbab An-Nuzul sesuatu ayat atau Asbab Wurudul Hadith

3) Mereka merupakan para Perawi Hadis.

Hal ini menjadikan para Sahabat mempunyai kepakaran yang cukup untuk mengistinbatkan hukum-hukum.
Mereka menetapkan hukum dengan merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah.
Sekiranya mereka tidak menemui sebarang ketetapan hukum tentang sesuatu masalah, mereka akan berijtihad dengan menggunakan kaedah qias.

Inilah cara yang dilakukan oleh para mujtahid dalam kalangan para Sahabat seperti Saidina Abu Bakar as-Siddiq, Saidina Umar bin al-Khattab, Saidina Uthman bin Affan dan Saidina Ali bin Abu Talib.
Sekiranya mereka mencapai kata sepakat dalam sesuatu hukum maka berlakulah ijma'.

Fasa 3:
Zaman Tabi'in

Pada zaman ini, cara ulama' mengambil hukum tidak jauh berbeza dengan zaman Sahabat kerana jarak masa mereka dengan kewafatan Rasulullah S.A.W. tidak terlalu jauh. Yang membezakannya ialah sekiranya sesuatu hukum tidak terdapat dalam al-Quran, as-Sunnah dan al-Ijma', mereka akan merujuk kepada pandangan para Sahabat sebelum berijtihad. Oleh sebab itu idea untuk menyusun ilmu Usul al-Fiqh belum lagi muncul ketika itu.

Inilah cara yang digunakan oleh para mujtahid dalam kalangan tabi'in seperti Sa'id bin al-Musayyib, 'Urwah bin az-Zubair, al-Qadi Syarih dan Ibrahim an-Nakha'i.

Fasa 4:
Zaman Kemunculan Ilmu Usul al-Fiqh

Pada akhir Kurun Kedua Hijrah, keadaan umat Islam semakin berubah. Bilangan umat Islam bertambah ramai sehingga menyebabkan berlakunya percampuran antara orang Arab dan bukan Arab.
Kesannya, penguasaan bahasa Arab dalam kalangan orang-orang Arab sendiri menjadi lemah. Ketika itu timbul banyak masalah baru yang tiada ketentuan hukumnya dalam al-Quran dan as-Sunnah secara jelas. 
Hal ini menyebabkan para ulama' mula menyusun kaedah-kaedah tertentu yang dinamakana Ilmu Usul al-Fiqh untuk dijadikan landasan kepada ijtihad mereka.

Soalan:

S-1: Adakah Usul Fiqh setiap mazhab sama ??
J: Usul Fiqh Jumhur Ulama iaitu Maliki,Syafei dan Hanbali banyak yang sama dan Usul Fiqh Ulama Hanafi berbeza sedikit dalam beberapa keadaan.

S-2 : Mohon ceritakan mengenai Imam Shafie yg menggabungkan dua kaedah/ methodology pengajian ilmu sehingga tertulisnya kitab Al Risalah. saya dengar kuliah tapi tak berapa ingat macamana kisahnya..?
J : Imam Shafei menggunakan kaedah Mutakallimin/Syafi'iyyah yang menggabung-jalinkan apa yang dia belajar dari Imam Malik dari aliran Hadith dan Imam Abu Yusuf (anak murid Imam Abu Hanifah)dari aliran ra'yi di Iraq maka terhasillah Kitab Ar-Risalah dalam Ilmu Usul Fiqh.

S-3 : Boleh kah ustaz tolong terangkan makna istilah-istilah berikut?
a) Istinbat hukum.
b) Asbab wurudul Hadith.
c) Asbab An Nuzul?
d) Berijtihad
e)Perawi hadith.
f) Kaedah Qias.
g) Mujtahid.
h) Ijma'

Jawapan : 

a) Istinbat hukum : Cara untuk mengeluarkan hukum samada haram, harus sunat dan sebagainya.

b) Asbab wurud hadith : Sebab-sebab hadith itu keluar dari mulut baginda Nabi S.A.W

c) Asbab Nuzul : Sebab-sebab turunnya satu-satu ayat Quran.

d) Berijtihad* : Menggunakan pandangan sendiri setelah didapati tidak terdapat dalil daripada Al-Quran/As-Sunnah. Maka mnggunakan Ijtihad.

e)Perawi Hadith : Orang yang meriwayatkan hadith daripada nabi s.a.w

f) Kaedah Qias : Suatu kaedah dengan mengaitkan suatu perkara yang tidak di naskan atas Hukum Syari'e dengan perkara yang telah dinaskan hukumnya kerana berkongsi rasional/sebab pada hukumnya. 
Contohnya : Arak dan Air Tapaian.kedua-duanya berkongsi kesan/sebab iaitu mabuk
Maka hukum kedua-duanya adalah haram mengikut kaedah Qias iaitu  mengaitkan hukum arak yang telah dinaskan dengan air tapaian..

g) Mujtahid : Orang yang cukup syarat untuk berijtihad*

h) Ijma' : Persepakatan antara para Mujtahid di kalangan ummat Nabi Muhammad selepas kewafatan baginda daripada satu zaman ke satu zaman ke atas sesuatu hukum Syari'e

* Akan tetapi hakikatnya terdapat perbezaan antara satu sama lain. Kerana itulah lahirnya kitab-kitab Usul Fiqh yang menerangkan mazhab masing-masing. Hanya Syafei, Hambali dan Maliki saling berkait dimana Imam Malik tok guru kepada Imam Syafei, Imam Syafei tok guru kepada Imam Ahmad.Akan tetapi ke semuanya  tidak berkesempatan bertemu Imam Abu Hanifah

S-4.a): Assalam Ustaz Ahmad bukankah imam Malik berguru dengan Imam Abu Hanifah?Tidakkah mereka pernah berjumpa?
J : Seingat saya, mereka tidak pernah berjumpa. 
Imam abu hanifah lahir 80-150hijrah
Imam Malik lahir pada tahun 93-193 Hijrah
* Imam Malik tidak pernah keluar dari Madinah kecuali ke Mekah.

S-4.b) : Adakah Imam Abu Hanifah pernah bertemu dengan Imam Malik di Madinah atau di Mekah ?.....kerana ramai(ustaz yang menukilkan) dari apa yang saya dengar bahawa Imam Malik berguru dengan Imam Abu Hanifah.
J : Allahu'alam. Saya tidak pasti. Setakat yang saya ketahui kenyataannya tidak sedemikian.

Ulasan : 
Kita telahpun selesai bab ta'rif,sejarah dan sebagainya. InsyaAllah kita akan masuk sedikit demi sedikit mengenai ilmu Usul Fiqh